Program Advokasi Klik Dengan Bijak: Buli Siber Di Sk Taba Sait, Brs
26 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat – 25 Oktober 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengadakan satu Program Advokasi Klik Dengan Bijak yang melibatkan penglibatan lebih kurang 44 orang murid sekolah rendah tersebut dan 7 orang guru di SK Taba Sait, BRS.
Program dimulakan dengan pengenalan kepada “Apa itu NADI?”. Dari dikenali sebagai Pusat Internet (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Walaupun terdapat perubahan dalam visi dan misi NADI, tetapi objektifnya tetap sama iaitu dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif program ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai Topik Buli: Siber Buli yang kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita terutama pelajar sekolah. Di dalam perkongsian ini, murid didedahkan dengan jenis pembulian, faktor pembulian,tips untuk mencegah dan juga apa yang harus mereka lakukan jika mereka menghadapi masalah ini.
Turut dikongsikan adalah mengenai isu Pengantunan Siber, dimana setiap perkongsian maklumat dan gambar boleh disalahgunakan oleh pengguna sosial media yang lain. Oversharing boleh mengundang kepada buli dan penipuan di dalam internet. Penyebaran maklumat palsu mengenai individu adalah satu bentuk fitnah yang merupakan salah satu siber buli. Dan penyalahgunaan kemudahan Internet membawah kepada jenayah buli dan jenaya siber yang lain.
Sebelum mengakhiri program kami, kami telah mengadakan satu sesi soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman para murid tentang topik yang kami telah kongsikan. Pemberian cenderahati juga diberikan kepada para murid yang berjaya menjawab soalan dengan baik.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak PEDi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: